Wednesday, 4 April 2018

Jom Nyorok Bersama YAB Menteri Besar Negeri Kedah,YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah, seterusnya membuat lawatan dan merasmikan Dewan Orang Ramai Kampung Jelutong, Mini RTC Jelutong dan Perpustakaan Desa Kampung Jelutong.
Tarikh : 05 April 2018 – Khamis.
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi


Jutaan Terima Kasih kepada YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah atas kesudian bersarapan bersama warga komuniti setempat khususnya Kampung Jelutong seterusnya membuat lawatan ke Mini RTC Jelutong (KKLW). Turut serta Datuk Mohd Tajudin Bin Abdullah, EXCO Kerajaan Negeri Kedah merangkap Adun Belantek, YB Mahadzir Abdul Hamid, Adun Jeneri, Pengawai Daerah Sik, Dato' Haji Bukhari Bin Abdullah dan agensi-agensi Kerajaan lain yang turut hadir.

Terima Kasih juga kepada Agensi Penyelaras, LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) yang turut hadir bersama,Tuan Haji Arifuddin Bin Habib (Pengurus Besar KEDA), Encik Mohd Khairi Bin Abu Bakar (Pegawai KEDA Zon 4 Sik), Encik Azmi Bin Shafie (Pengurus Bahagian Industri Desa dan Usahawan), Puan Norlaila dan Puan Mardiana.
Terima Kasih juga kepada pihak Kolej Komuniti Sik atas kesudian membuat demo membuat roti dan juga pihak Amanah Saham Nasional Berhad (Cawangan Negeri Kedah) kerana sudi membuka kaunter Bergerak bertempat di Mini RTC Jelutong.

Syabas dan Tahniah kepada Pengurusan Kampung Jelutong, Encik Mohamad Ali Ahmad (Pengerusi JKKK Kg Jelutong) dan semua warga kerja serta Penduduk Kampung Jelutong dalam menjayakan majlis ini.
















No comments:

Post a Comment

PROGRAM MATA SIHAT DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Sedang berlangsung Program Mata Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan bersama Klinik Kesihatan Daerah Sik dan KOSPEN. Tarikh : 3/5/2018 ...